Friday 28 December 2012

Ambang 2013 bersama Ambank di Putrajaya....

Assalamualaikum wbt,



Buat kali ke-8, Kumpulan AmBank mengumumkan bahawa ia akan mengadakan konsert akhir tahunnya di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Dinamakan sebagai konsert AMBANG 2013 PUTRAJAYA, majlis akan bermula pada jam 8.30 malam pada 31 Disember 2012.

Diadakan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, AMBANG 2013 PUTRAJAYA akan disiarkan secara langsung di ntv7 dari 10.30 malam hingga 1 pagi dengan ‘live streaming’ di www.ntv7.com.my/ambang2013.

Pada sidang akhbar kelmarin, Tan Sri Azman Hashim yang merupakan Pengerusi Kumpulan AmBank berkata, “Objektif utama konsert AMBANG 2013 PUTRAJAYA adalah untuk menyokong semangat perpaduan atau muhibbah di kalangan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, terutamanya di Putrajaya dan Kuala Lumpur dan juga di seluruh negara termasuk pelawat dan pekerja asing. Konsert ini juga merupakan cara Kumpulan AmBank menunjukkan penghargaan kami kepada semua pelanggan-pelanggan atas segala sokongan yang kami terima sejak bertahun-tahun.”

Konsert AMBANG 2013 PUTRAJAYA bakal menampilkan barisan artis yang menarik, antaranya  Dato’ M. Nasir, Mizz Nina, Jamal Abdillah, Dato’ Hattan, Ramli Sarip, Hujan, kumpulan Wings, Stella Chung dan Magen.
** memandangkan rumahku berdekatan jer, aku n husband akan jalan kaki jer... jgn jeles erk... lau kami rasa malas sgt, duk kat umah jer r... 2 pun da leh nampak.... hikhik...
xsangka plak tinggal 4 hari jer g nak masuk tahun baru.... segala impian tahun 2012 telah terlaksana dengan jayanyer... azam untuk tahun 2013 plak nanti r... next post baru leh inform k... 
k r nak buat keje dulu.... bye2 malaysia....


1 comment: