Friday 14 June 2013

Part 2 : Indahnya Alam Rahim (Trimester Pertama)

Assalamualaikum wbt & Selamat Petang sume...

Untuk pengetahuan mummy2 sume, fasa kehamilan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:

Trimester pertama : Minggu Pertama sehingga Minggu ke-12,
Trimester Kedua : Minggu Ke-13 sehingga Minggu ke28,
Trimester Ketiga : Minggu ke-29 sehingga Minggu ke-40.. 

Arie nie umie nak berkongsi mengenai Trimester Pertama Kehamilan iaitu bermula Minggu pertama sehingga Minggu KeduaBelas kehamilan...

Trimester pertama kehamilan merupakan peringkat yang sangat penting bagi baby. Ini kerana, trimester ini merupakan satu peringkat dimana pembentukan tisu, organ, dan anggota badan baby berlaku. Kehamilan pada peringkat ini sangat mudah terdedah kepada jangkitan kuman, kecacatan fizikal dan mental janin. Risiko keguguran juga sangat besar sekiranya langkah waspada tidak diambil. 

Minggu Pertama : 
Menstruasi yang terakhir sebelum kehamilan berlaku. pendarahan terjadi dan hormon-hormon pada tubuh sedang membuat persiapan untuk melepaskan sel telur..

Minggu Kedua :
 Pada ketika ini, dinding uterus (rahim) akan menjadi tebal dan dipersiapkan untuk peringkat ovulasi (pelepasan telur)

Minggu Ketiga :
 Proses ovulasi (pelepasan telur) berlaku. Kehamilan terjadi pada waktu nie. Perkembangan sel telur berlaku pada saat sperma daripada pasangan anda bersenyawa dengan sel telur anda di tiub fallopia. Proses ini mengambil masa selama 4 hari. Sel telur yang sudah disenyawakan dinamakan ZIGOT..

Minggu Keempat : 
Tiba saat buat si Zigot untuk mencari tempat di dalam rahim. Dengan berakhirnya minggu ini, tidak akan mengalami mentruasi dan tanda awal kehamilan kemungkinan berlakunya kehamilan. Mungkin akan berlaku sedikit pendarahan pada sesetengah wanita dan disalahertikan sebagai menstruasi. Sebenarnya, ia disebabkan oleh proses penempelan zigot ke dinding rahim..

Minggu Kelima :
Pada minggu nie, zigot sudah bertukar menjadi embrio. Saiz embrio sekarang sebesar saiz sebuah biji epal! embrio juga sudah mempunyai degupan jantungnya sendiri. Vesikel-Vesikel otak primer pada bayi sudah mulai terbentuk. Sistem sarafnya turut mulai berkembang. Plasenta dan tali pusat sudah bekerja sepenuhnya pada minggu nie.

Minggu Keenam :
Embrio kelihatan seperti berudu. Pada minggu nie, bakal ibu2 sudah dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan lain seperti tunas. Pembentukan awal hati, pankreas, paru-paru, kalenjar tiroid dan jantung juga terjadi pada saat ni..

Minggu Ketujuh :
Jantung baby sudah terbentuk lengkap. Saraf dan ototnya dapat bekerja bersama untuk kali yang pertama. baby mempunyai rekleksi dan dapat bergerak spontan. Tetapi, bakal2 ibu masih belum dapat merasainya. Pada akhir minggu ketujuh nie, otak baby juga sudah terbentuk lengkap.

Minggu Kelapan :
Embrio berukuran sekitar 25-30mm panjang. Lengan dan kaki sudah terbahagi menjadi komponen paha, kaki,tangan, lengan dan bahu. Begitu juga dengan cartilage dan tulang. Telinga luar baby sudah terbentuk sempurna. Matanya berbentuk pigmen. Jantungnya sudah berdegup dengan kuat dan dengan irama yang teratur. Di dalam otak, jaringan sarafnya sudah berhubungan dengan deria penciuman. Organ seksnya juga sudah terbentuk.

Minggu Kesembilan:
Pada minggu nie, baby dikenali sebagai fetus. Pergerakan oertama fetus dapat dikesan pada waktu ini dengan menggunakan USG. Pada minggu ini juga, perut dan rongga dada baby sudah terpisah dan otot mata dan bibir atasnya sudah terbentuk.

Minggu Kesepuluh :
Perkembangan otak baby berkembang cepat dalam bulan terakhir ini. Kepalanya menjadi lebih besar dari tubuhnya. Tulangnya sedang menggantikan rawan. Diafragma baby sudah terbentuk untuk memisahkan jantung dan paru-parunya dari perut. Perkembangan otot leher juga terjadi.

Minggu Kesebelas:
Pada minggu ini, folikel-folikel rambut dan gigi baby sudah mulai terbentuk. Baby juga sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkannya kembali (kencing). Organ seks luarnya juga sudah mulai terbentuk sempurna.

Minggu keduaBelas :
Akhir trimester pertama, organ-organ tubuh baby sudah terbentuk. Ukuran fetus sekarang lebih kurang sekitar 8cm. Semua organ vital baby sudah terbentuk. Otak juga sudah dapat berfungsi. Dengan Signal dari otak, otot akan memberi respons dan tindak balas. Baby sudah boleh menendang!!!

Pada trimester pertama nie, kemungkinan ramai yang tidak akan perasan dan mengetahui bahawa bakal2 ibu sedang hamil, ini kerana tanda2 perubahan yang nyata masih belum kelihatan. Akan tetapi pada masa kini, tubuh bakal2 ibu sudah pun bekerja secara aktif untuk menyesuaikan diri dalam proses kehamilan ini. Tubuh akan bekerja untuk mempersiapkan diri dari segi fizikal dan emosi. Terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku pada bakal2 ibu pada trimester pertama ni iaitu :
  • Sakit Kepala
  • Pening Kepala
  • Berasa Lelah / Cepat Penat
  • Morning Sickness (Mual & Muntah)
  • Meludah
  • Perubahan Payudara
  • Emosional
  • Kejang Perut
  • Kerap membuang air kecil
  • Sembelit 
  • Peningkatan berat badan

Kesimpulan yang umie dapat kongsikan pada sume bakal2 ibu adalah pada trimester pertama, perubahan yang umie sendiri alami adalah sentiasa ingin membuang air kecil, kerap sakit pinggang, payudara terasa sakit sangat2, badan dan kaki kerap terasa lenguh2, kerap sakit kepala, dan badan terasa terlalu letih. Umie buat sendiri ujian kehamilan UPT selepas piyed lewat 4 hari dari biasa.Keputusannya 2 Line.. Selain itu, umie juga ada berjumpa dengan Dr kerana ada sedikit kuar cecair coklat2 diawal2 kehamilan.. tetapi ibu2 sume jgn r risau kerana itu adalah normal sebabnya baby baru nak menempel di rahim kite.. Semasa membuka buku pink di Klinik Kesihatan, berat badan umie adalah 66.9kg, Hemoglobin dalam badan adalah 12.9, kesihatan umie adalah sihat.. Cuma dinasihatkan oleh Dr kena banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, dan meminum susu 3-4 gelas dalam sehari... 

K r umie nak sambung keje balik r... t umie sambung untuk Trimester kedua plak erk.. K r, semoga pengalaman ini dapat dikongsi bersama..

pic nie amik dari google..












No comments:

Post a Comment