Friday 28 June 2013

Part 3 : Indahnya Alam Rahim ( Trimester Kedua - 13 - 28 Minggu)

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera sume..

Arie nie umie nak sambung mengenai Trimester kedua yang bermula pada 13 minggu sehingga 28 minggu...

Pada ketika nie, perut mummy sume akan mulai kelihatan membesar dan dunia luar akan menyedari bahawa mummy2 sume akan menjadi seorang ibu.. Pada ketika nie, mummy2 sume akan berasa lebih selesa berbanding pada trimester pertama... Rasa mual, lemas dan keluhan lain pada trimester pertama akan mula beransur-ansur hilang, bahkan mummy sume akan lebih bertenaga.. 

Minggu - 13
pada minggu nie, panjang baby adalah sekitar 7.5cm. Trakea, Paru-paru, perut, hati pankreas, dan usus sudah berkembang ke fungsi akhir.. Pita suara juga mulai terbentuk. Tunas gigi muncul sebanyak 20 batang gigi baby.. pada minggu nie juga, jari tangan dan tapak kaki baby sudah mulai kelihatan..

Minggu -14
Denyut jantung baby berdetak dengan kuat (hampir 2kali lebih cepat daripada mummy). Baby sudah boleh memberi respons terhadap dunia luar rahim ibu. Baby juga mungkin akan bergerak apabila mummy mengusap perut tapi mungkin masih belum dapat merasakannya. Organ Seks baby sudah dapat dibezakan diantara lelaki dan perempuan. Ini bermakna jantina baby sudah dapat dikenalpasti pada minggu nie..

Minggu -15
Baby sudah mula dapat mendengar. baby sekarang juga sudah dapat mendengar denyutan jantung mummy, suara perut mummy, dan juga suara mummy2. Sekarang baby sudah mulai mempunyai rambut di kepalanya. Bulu mata dan alisnya sudah mulai terbentuk. Berat janin pada ketika nie ialah lebih kurang 114gram dengan panjang sekitar 15cm.

Minggu -16
Jika mummy-mummy melakukan USG pada minggu nie, mungkin mummy akan dapat mengetahui jenis kelamin dan jantina baby dengan lebih jelas. Otot baby juga sudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya menjadi semakin aktif. Baby sudah mulai menghisap ibu jari, menguap, merenggangkan tubuh, dan sudah boleh menelan. pada minggu nie juga jika mummy meletakkan cahaya terang di perut, baby akan menggerakkan tangan dan juga matanya...

Minggu - 17
Kulit baby pada ketika ini akan berkembang tetapi masih nipis dan dalam keadaan lutsinar. ia kelihatan merah disebabkan saluran darah yang masih lagi jelas kelihatan.

Minggu - 18
Sekarang nie baby sudah boleh mendengar suara dari luar tubuh. Baby juga akan bergerak atau melompat ketika mendengarkan suara keras. Otot baby sudah dapat bergerak sendiri. Baby juga sudah dapat menendang dan menumbuk. Pergerakkannya semakin aktif. pada ketika ini mummy dapat merasakan gerakan putaranya buat kali pertama

Minggu - 19
panjang baby sekitar 23cm. Jika mummy masih belum merasakan pergerakan baby, mummy akan merasakan pergerakkannya pada minggu nie..

Minggu - 20
Otot baby menjadi semakin kuat. Mummy mungkin merasakan gerakannya yang pertama kali seperti libasan angin, kerana ia terasa seperti letupan belon-belon buih didalam badan. Baby akan bergerak lebih kurang 200 kali sehari. Tetapi mummy hanya akan dapat merasakannya sedikit sahaja daripada semua  gerakan ini.

Minggu - 21
Panjang baby pada minggu nie sekitar 28cm. Mummy akan merasa sume pergerakkan baby kerana baby menjadi semakin aktif.

Minggu - 22
Pada ketika ini, baby akan mulai sedar akan lingkungannya. Tubuh baby juga sudah mula menghasilkan sel darah putih sendiri. Ini penting untuk baby supaya dapat melawan penyakit dan jangkitan setelah dilahirkan kelak. Baby juga berasa lebih tenang ketika mendengarkan suara dan sentuhan mummy diperut. Perbanyakkan doa dan kawal emosi ketika ini..

Minggu - 23
Pada ketika ini, ukuran kepalanya sudah sesuai dengan tubuhnya. Saat ini baby kelihatan sama seperti dia akan lahir nanti tetapi lebih kecil dan kurus sedikit. Mummy juga akan dapat  mendengar degupan jantung baby dengan menggunakan stetoskop. Perkembangan Otaknya juga berlaku dengan sangat cepat pada minggu nie.

Minggu - 24
Pendengaran baby sudah mula terbentuk dengan sempurna. Baby akan bergerak dengan suara muzik dari luar. Baby sudah membentuk pola waktu tidurnya dan waktu jaganya. Mummy akan merasa ada suatu masa baby akan aktif dan ada kalanya baby akan senyap jer...

Minggu - 25
Baby sudah mula berlatih untuk bernafas dengan menghirup dan menghembuskan cairan amnion. Kadangkala ia akan menyebabkan baby tersedu, mummy juga akan dapat merasakan...

Minggu -26
Pada ketika ini, baby sudah mempunyai lemak dibawah kulitnya. Ia penting untuk baby supaya dapat membantunya mengawal suhu badan ketika saat kelahirannya. Wajah dan tubuhnya secara umum akan terlihat seperti baby akan lahir. Panjangnya adalah sekitar 28-32cm dengan berat sekitar 680gram.

Minggu - 27
Mata baby sudah mula terbuka dan sudah dapat melihat keadaan sekelilingnya untuk pertama kali. Baby juga akan kelihatan seperti bernafas tetapi sebenarnya ia hanya mengambil air dan bukannya udara. Ini merupakan latihan yang baik untuk paru-parunya.

Minggu - 28
Bagi baby lelaki, testisnya akan turun ke kantung skrotum. Jaringan otaknya semakin berkembang, Pada minggu ini, baby sudah dapat bermimpi.

Pada Trimester kedua nie, kebanyakkan mummy akan merasa beberapa perubahan dari segi emosi,dan fizikal.. Simpton-simpton nie hanya bersifat sementara, hope mummy2 sume tabah, sabar dan kuat menghadapinya. Antara perubahannya adalah :

  1. Seorang yang pelupa
  2. Kerap sakit kepala
  3. Berdengkur semasa tidor
  4. Hidung dan Gusi berdarah
  5. Lebih kerap sendawa dan buang angin
  6. Payudara akan menjadi semakin besar untuk penghasilan susu kelak
  7. Terasa sakit Ulu Hati
  8. Perut semakin Besar
  9. Pertumbuhan rambut dan kuku akan menjadi lebih cepat
  10. Sakit Perut di bahagian bawah
  11. Perubahan kulit
  12. Kejang kaki
  13. Pembengkakan kaki, tangan dan muka
  14. Merasai pergerakan baby
Mudah-mudahan segala ilmu nie dapat di kongsi bersama-sama bakal-bakal mummy sume... 







No comments:

Post a Comment