Tuesday 2 July 2013

Part 4 : Indahnya Alam Rahim (Trimester ketiga)

Assalamualaikum wbt..,

Arie nie umie nak sambung mengenai Trimester ketiga yang bermula pada  29 minggu - 40 minggu

Pada ketika nie, perut2 mummy sume akan menjadi lebih besar. Mummy akan merasakan pelbagai perasaan emosional yang berbeza-beza dan tubuh secara fizikal juga sedang mengalami beberapa perubahan. Mummy2 sume berada dalam proses untuk mempersiapkan diri bagi kehadiran ahli keluarga baru. Mummy2 sume akan merasakan kegembiraan untuk bertemu dengan baby baru kelak..

Kemungkinan juga, mummy2 sume juga ada perasaan risau dan bimbang dengan tahap kesihatan baby. Mummy2 sume mulai berfikir tentang proses kelahiran. Dengan pertambahan perubahan emosi ini, tubuh secara fizikal juga mengalami beberapa perubahan pada trimester terakhir nie..

Minggu - 29
Posisi baby saat ini sedang mempersiapkan dirinya seperti posisi lahir dengan kepala mengarah kebawah. Jaringan lemak terus terbentuk di bawah lapisan kulitnya.

Minggu - 30
Baby mengisi hampir keseluruhan ruang dalam rahim. Ketika baby menendang atau bergerak, mummy2 sume akan dapat merasa baby bergerak dibawah kulit perut mummy. Otaknya kini sedang berkembang dengan sangat cepat.

Minggu -31
Baby semakin membesar. Ini menyebabkan ruang didalam rahim menjadi semakin sempit. Jadi, pergerakannya semakin berkurang. Mungkin pada ketika ini, baby berada didalam posisi melengkungkan badan dengan dagu di dadanya serta tangan dan kakinya bersilang.

Minggu -32
Baby berada dalam posisi kepala di bawah sampai tiba saat kelahirannya. Baby akan tetap menendang. Pergerakannya sehari adalah kira-kira 375 kali. Tetapi, mummy tidak akan merasa kesemuanya. Jika mummy merasakan 10 pergerakan sehari, ia sudah normal..

Minggu - 33
Mummy akan semakin merasakan pergerakan kandungan. Ini kerana baby sudah mengisi hampir keseluruhan ruang rahim. Pergerakannya akan menjadi lebih aktif pada sesuatu ketika dan akan membuatkan  mummy berasa tidak selesa, terutamanya ketika baby di bawah tulang rusuk. Pada ketika nie, baby juga sudah mempunyai keseluruhan rambutnya.

Minggu - 34
Pertumbuhan baby berlaku terutamanya pada bahagian otak pada minggu nie. Kesemua sistem tubuhnya sudah terbentuk sempurna, walaupun paru-paru masih diperingkat belum matang lagi. Baby juga akan memberi tindak balas terhadap suara-suara yang dikenalinya..

Minggu - 35
Baby akan terus membentuk lapisan lemak dibawah kulitnya. Kepala baby sudah memasuki bahagian pinggul.

Minggu - 36
Pada minggu nie, baby sudah mempunyai ukuran dan kematangan yang sepatutnya dan bersedia untuk menanti saat kelahiranya. Jika baby anda ditakdirkan lahir pada minggu nie. kelahiranya disifatkan pramatang tetapi keadaannya baik sahaja. Pada bulan terakhir kehamilan juga. baby akan mendapatkan anibodi daripada mummy seperti campak. Lapisan lemak pula akan terus bertambah dibawah kulit baby setiap hari.

Minggu - 37
Baby sedang bergerak berterusan berlatih untuk mengerakkan paru-parunya untuk mempersiapkan dirinya supaya dapat bernafas selepas dilahirkan. Jika posisi kepala baby berada di bawah, maka kemungkinan kepalanya sudah memasuki bahagian pinggul mummy.

Minggu - 38
Tindak balas baby sudah menjadi lebih teratur. Baby juga sudah dapat mengerdipkan mata, menggerakkan kepala dan menggenggam tangan. Baby juga sudah dapat memberi tindakbalas terhadap suara, sentuhan dan cahaya. Baby juga sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Minggu 39 & 40
Baby juga sudah bersedia untuk dilahirkan. Baby juga sudah kelihatan sangat comey sekarang disebabkan lemak yang terbentuk dibawah kulitnya. Lapisan lemak yang terbentuk ini penting untuk mengawal suhu badannya selepas baby lahir. Kulit baby juga sangat halus dan lembut. Berat baby adalah sekitar 2.7kg-3.2kg dengan panjang sekitar 50cm. Tahniah diucapkan!!! pada saat nie, bila-bila masa sahaja mummy2 sume akan bergelar seorang IBUU...

Pada minggu terakhir kelahiran ini mummy2 sume akan terasa beberapa perubahan antaranya adalah :
  • sakit punggung
  • payudara akan mengeluarkan cecair kolostrum. (makanan baby yang pertama, kaya dengan protein)
  • sembelit tetapi tidak digalakan meneran semasa sedang membuang air.. takut2 t baby terkuar jugak.. hikhikhik..
  • Kesukaran bernafas
  • Kerap membuang air Kecil
  • Masalah tidur yang tidak beberapa lena...
  • Kemutan pada perut
  • Bengkak pada pergelangan kaki
  • Kejang kaki
  • cairan Vagina
  • dinding rahimmenjadi semakin nipis
  • Berat badan akan mulai naik atau turun atau tiada perubahan...

''BABY YANG MENUNJUKAN TINDAKBALAS TERHADAP BUNYIAN DAN CAHAYA YANG KUAT MENANDAKAN BABY SIHAT''


TAHNIAH BUAT BAKAL IBU, EMAK, MUMMY DAN UMIE SUME.. NANTIKAN KETIBAAN AHLI KELUARGA ANDA YANG BARU..  

SEMOGA KEHADIRANYA BABY AKAN MENCERIAKAN KEHIDUPAN MUMMY2 DAN BABAH2 SUME...

No comments:

Post a Comment